Banyak yg berlaku di sekeliling aku..
Aku masuk Kolej Matrikulasi Perlis dengan perasaan berat hati..yelah mane tak nye, tak ada langsung kawan2 yg duk mtrik nun jauh di utara..tambahan lagi, betapa jauh aku meninggalkan ruang rumah aku sendiri tatkala menjejakkan kaki ke matrikulasi tersebut..
Aku sedar ini bukan impian ku..sejak dulu lagi aku tak pernah terfikir nak masuk kolej yg jauh gile2. Atas kekuatan diri ku yang tak pernah kuduga, sokongan mak dan abah dan keyakinan abah terhadap anaknya ini. Aku terima tawaran yang aku anggap tidak pernah ada dalam mindaku. Kesukaran yang aku hadapi adalah berjuang dari semester 1 bagi mendapatkan tempat di semester 2. Ada rakanku yang kandas d tengah perjuangan, aku tak menoleh ke belakang lagi. Dari gear 3 aku tambah ke gear 5. Akhirnya, aku perolehi keputusan yang membanggakan diriku. Alhamdullillah, berkat doa dan usaha pensyarah, family dan diriku, aku berjaya.
Persinggahan aku di matrikulasi hanyalah tiket untuk memasuki ipta. Aku kira-kira mahu menjadi seorang akauntan. Atas nasihat dan cadangan ayahku yang meminta aku memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris, aku ikut dengan rela hati. Namun, tak ku duga, keputusan ku mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling benar-benar membuatkan ayahku marah denganku. Aku tak boleh tukar lagi pilihan ku. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku mengambil ISMP BnK pada mulanya. Aku hanya berdoa dan berpuasa nazar sekiranya aku memperolehi peluang di UPSI kerana ketika di temuduga, aku tidak membawa satu pun sijil kokurikulum yang tertinggal di rumah. Huhuuh... bebannya.di marahi lagi ayahku..
Allah Swt mendengar doa dan harapan diriku ini. Tatkala itu, aku sedar diriku kepunyaan Allah swt yang selalu menginginkan setiap perkara terbaik buat diriku. Aku melanjutkan pelajaran dengan jurusan yang kuambil pada masa kini. Pertama kalinya, aku belajar tidak lagi adanya kalkulator di sisiku. Yang ada hanyalah teori,teori, teori dan amali amali amali sesi kaunseling. Pada awal waktu ku mengambil jurusan ini, aku seperti mahu menukar jurusan. Tapi keyakinan ku tingkat semula pabila adanya pensyarah-pensyarah dan rakan-rakanku yang banyak mengajar aku erti sebuah perjalanan pelajar ISMP BnK. Sepertimana, iman manusia yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang. Itulah aku hadapi sekarang. Namun, ku kuatkan azam aku adalah BAKAL CIKGU BIMBINGAN DAN KAUNSELING!!
|
all my coursemate with de besh lecturer |
Lantaran itu, ku perbaiki diri ku dan sentiasa memperjuangkan apa jua kritikan dan komen kepada kawan2 yang cuba memperlekehkan bidang ini. Tujuanku satu berikan mereka pengertian apa itu bidang kemanusiaan. Malah, Pensyarah kesukaanku juga, memberitahu kami: dia merantau ke setiap sekolah bagi memberi penjelasan terhadap bidang ini kepada mereka yang faham dan yg tak faham supaya kerjaya aku dan rakan-rakan sebagai guru BnK tidak dipersoalkan. malah,aku bangga terhadap beliau yang juga Penasihat .Akademik aku. Kami sama seperti kawan-kawan lain yg menuntut ilmu sastera, math, science, engineering dan sbgnya. Aku juga penuntut yg masih dahagakan ilmu. GURU juga suatu KERJAYA PROFESIONAL..Malah, sebagai tuntutan aku juga belajar jurusan Sejarah sbg fokus/minor. Semuanya bagi mendapatkan segulung ijazah sarjana muda.sekian...
p/s:aku insan biasa..hehe.saja menulis di waktu kebusanan